Powered By Blogger

Wednesday, January 23, 2013

Tatacara Pengunaan Kemudahan Di Sekolah


https://docs.google.com/file/d/0BzV5VrKYAG3cWjRTRUt0d1VSQTA/edit

Kesusasteraan Melayu


https://docs.google.com/file/d/0BzV5VrKYAG3cR2Q3dlFwYkFtTWc/edit

Penanda Wacana

https://docs.google.com/file/d/0BzV5VrKYAG3cR2hxRWJtZk1TRmc/edit

Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

https://docs.google.com/file/d/0BzV5VrKYAG3cVTlGYUlpSnk3UXc/edit

Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran

https://docs.google.com/file/d/0BzV5VrKYAG3cNDc0WWM3LUlYcE0/edit

Pengenalan Kewangan Islam

Perbankan Islam merujuk kepada sistem perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam atau juga dikenali sebagai undang-undang Syariah. Prinsip-prinsip asas yang menguasai perbankan Islam ialah saling berkongsi risiko dan keuntungan antara kedua-dua pihak, jaminan keadilan untuk semua dan urus niaga yang dijalankan itu adalah berdasarkan aktiviti perniagaan atau aset asas.


Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras perbankan Islam yang menggalakkan aktiviti yang memupuk keusahawanan, menjana perniagaan dan perdagangan serta menghasilkan pembangunan kemasyarakatan atau manfaat. Aktiviti yang melibatkan faedah (riba), perjudian (maisir) dan urus niaga spekulatif (gharar) adalah dilarang.
Dengan memanfaatkan pelbagai konsep kewangan Islam seperti ijarah (sewa beli), mudharabah (perkongsian keuntungan) dan musyarakah (perkongsian),institusi perbankan mempunyai fleksibiliti, kreativiti dan pilihan yang lebih banyak dalam menghasilkan produk-produk kewangan Islam. Selain itu, dengan menekankan bahawa keperluan terhadap urus niaga harus disokong oleh aktiviti berkaitan perdagangan atau perniagaan, perbankan Islam menetapkan standard yang lebih tinggi bagi pelaburan dan menggalakkan kebertanggungjawaban dan pengurangan risiko yang lebih besar.
Kewangan Islam telah berkembang dengan begitu pesat sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 1970-an. Aset perbankan Islam global dan aset di bawah pengurusan kewangan Islam pada masa ini telah mencapai USD750 bilion dan dijangka mencecah USD1 trilion pada 2010.1
Kini, terdapat lebih daripada 300 institusi kewangan Islam di 75 buah negara di seluruh dunia. Menurut Asian Banker Research Group, 100 bank Islam terbesar di dunia telah mencatat kadar pertumbuhan aset tahunan sebanyak 26.7%2 dan industri kewangan Islam global mencatat pertumbuhan purata 15-20% setiap tahun.3
Industri kewangan Islam di Malaysia telah beroperasi lebih daripada 30 tahun yang lalu. Penggubalan Akta Bank Islam 1983 telah membolehkan Bank Islam yang pertama ditubuhkan dan seterusnya lebih banyak institusi kewangan Islam telah ditubuhkan di dalam negara berikutan liberalisasi sistem kewangan Islam.
Kejayaan Malaysia membangunkan industri kewangan Islam domestik dalam tempoh lebih daripada 30 tahun telah memberikan asas yang kukuh kepada negara - asas kukuh kestabilan kewangan yang melengkapkan kekayaan, kepelbagaian dan kematangan sistem kewangan Islam. Pada masa ini, aset perbankan Islam Malaysia mencapai USD65.6 bilion dengan kadar pertumbuhan purata 18-20% setiap tahun.4
Pada masa ini, kewangan Islam berkembang pesat di Malaysia, disokong oleh persekitaran yang kondusif yang terkenal dengan inovasi produk berterusan, yang berbagai rangkaian instrumen pelaburan Islam, infrastruktur kewangan yang komprehensif dan menerima pakai amalan terbaik pengawalseliaan dan undang- undang global. Malaysia juga memberikan penekanan yang penting kepada pembangunan modal insan dalam pembangunan industri kewangan Islam bagi memastikan ketersediaan tenaga kerja mahir dalam kewangan Islam. Semua tawaran nilai ini telah mentransformasikan Malaysia menjadi salah satu pasaran perbankan Islam yang paling maju di dunia. kepelbagaian institusi kewangan
Liberalisasi yang pesat dalam industri kewangan Islam, di samping persekitaran yang memudahkan urusan perniagaan telah mendorong institusi kewangan asing memilih Malaysia untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam. Ini telah dapat memupuk komuniti institusi kewangan tempatan dan antarabangsa yang pelbagai dan semakin besar.
Kini, Malaysia mempunyai sebilangan besar bank Islam sepenuhnya termasuk beberapa entiti milik asing; institusi konvensional yang telah menubuhkan subsidiari Islam dan juga entiti yang menjalankan perniagaan mata wang asing. Semua institusi kewangan diberi kebenaran untuk menjalankan perniagaan dalam ringgit dan bukan ringgit.
Malaysia terus berkembang maju dan akan membangunkan industri ini dengan menggalakkan institusi kewangan asing untuk menubuhkan perniagaan perbankan Islam antarabangsa di Malaysia bagi menjalankan perniagaan mata wang asing.
Institusi kewangan Islam domestik juga boleh memohon untuk menubuhkan Unit Perniagaan Mata Wang Asing (UPMA), iaitu bahagian khusus untuk menjalankan perniagaan mata wang asing. UPMA juga diberikan pelbagai insentif cukai dan keistimewaan yang dapat mengurangkan kos perniagaan dan memudahkan untuk memasuki pasaran perniagaan kewangan Islam dalam mata wang asing. Untuk maklumat lanjut mengenai prosedur penubuhan dan permohonan UPMA, sila hubungi Sekretariat MIFC.

Makan Cara Sihat Ikut Sunnah Rasullah

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.
Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.
Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.
Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.
Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”
Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.
Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.
Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.
Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:
“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.
“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”
Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.
Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.
Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.
Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.
Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.
Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.
Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.
Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.
Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang
makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”
Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.
Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.
Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.
Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!
Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Pendapatan Halal Asas Penerimaan Doa


Maksud sumber halal:
 
Pendapatan yang terhasil dari kerja-kerja yang sah dari segi syariat atau dari urus niaga dan aktiviti yang menepati hukum dan prinsip syariat Islam. Sumber yang halal dan baik itu mengandungi keberkatan dari segi dalaman dan luaran yang mana akan menambahkan manfaat dan nilainya.
 
Dalil daripada al-Quran dan Sunnah:
 
Firman Allah SWT (bermaksud):
 
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (Al-Baqarah: 168),
 
Di dalam ayat ini Allah SWT menyuruh semua orang mencari yang halal dan baik. Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
 
“Allah menyayangi orang yang bekerja secara halal, membelanjakan hasilnya secara sederhana, dan mengutamakan simpanan (tabungan) untuk hari kekurangan dan keperluannya (di waktu mendatang).” (H.R. Ahmad).
 
dan di hadis ini Rasulullah saw menegaskan tentang tiga prinsip, iaitu:
 
- Pendapatan yang halal.
- Bersederhana dalam berbelanja.
- Simpanan dan pelaburan untuk masa depan.
 
Kami membuat kesimpulan dari perkara di atas bahawa wajib memperolehi pendapatan yang halal dan baik untuk membantu seseorang beribadah kepada Allah; kerana Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik sahaja. Di antara ibadat ialah berdoa dan antara syarat penerimaan sesuatu doa ialah pendapatan yang baik. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam perenggan seterusnya.
 
Antara syarat penerimaan doa ialah pendapatan halal dan baik:
 
Rasulullah saw telah menjelaskan bahawa di antara syarat-syarat penerimaan doa ialah memakan makanan yang halal dan baik, seperti yang dilaporkan dari Ibn Abbas r.a, beliau berkata; Aku membaca ayat ini di sisi Rasulullah saw:“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.” Ibnu Abbas berkata bahwa Sa’ad bin Abi Waqash berkata kepada Nabi Saw “Ya Rasulullah, doakanlah aku agar menjadi orang yang dimakbulkan doa-doanya oleh Allah.” Lalu Rasulullah saw menjawab: “Wahai Sa’ad perbaikilah makananmu (makanlah makanan yang halal) nescaya engkau akan menjadi orang yang selalu dimakbulkan doanya. Dan demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, sesungguh jika ada seseorang yang memasukkan makanan haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima amalnya selama 40 hari dan seorang hamba yang dagingnya tumbuh dari hasil menipu dan riba, maka neraka lebih layak baginya.” (HR. Thabrani)
 
Sabda Rasulullah saw lagi (bermaksud):
 
“Barang siapa mengumpulkan harta haram, kemudian menyedekahkannya, maka tidak ada pahala dan dosanya untuknya.” (HR. Ahmad)
 
Menurut para ulamak fiqh: Allah tidak akan mengampunkan perbuatan keji dengan perbuatan keji yang lain, tetapi Allah hanya mengampunkan perbuatan keji dengan perbuatan yang baik. Mereka mengatakan: “Tidak akan elok satu daging yang tumbuh daripada sumber haram melainkan neraka paling layak baginya ,” Rasulullah saw pernah ditanya mengenai seorang wanita yang melakukan zina dan kemudian bersedekah hasil dari perbuatan zina itu, beliau bersabda (bermaksud): “ Saya berharap wanita itu tidak berzina dan dia tidak bersedekah (hasil dari perbuatan zina itu). “
 
Disamping itu terdapat satu riwayat bahawa Rasulullah telah bersabda (bermaksud):
 
“ Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu baik yang tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang beriman sama seperti yang diperintahkan kepada para rasul. Allah SWT telah berfirman (bermaksud) :
 
“Wahai para rasul, makanlah dari (makanan) yang baik-baik dan beramallah dengan amalan salih.” (Al-Mukminun: 51)
 
dan firmanNya (bermaksud):
 
“Wahai orang-orang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami kurniakan kepada kamu.”  (Al-Baqarah: 172)
 
Kemudian baginda menyebut; “Seorang lelaki melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut, mukanya berdebu, menadahkan kedua tangannya ke langit dan mengatakan,’Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!’ Padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram, maka bagaimanakah akan diterima doa itu?” (Riwayat Muslim)
 
Kesimpulannya: Anda mesti mencari pekerjaan dan pendapatan yang halal dan membersihkan hartabenda kita daripada yang haram supaya Allah menerima doa-doa kita dan amal salih kita.

Mencipta Cinta Allah Melalui Sahabat


"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.
"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.
Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.
"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.
Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.
"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir ertiuhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakaninnate motive.
Maknanya jangan berkasih sayang lah?
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.
Tidak Cemburu
Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.
Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat
Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.
Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.
Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.
Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.
"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga


Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti mempunyai ibu. Ibu adalah insan yang mengandungkannya dan melahirkan serta membesarkan kita menjadi insan sempurna.
"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan". Surah Maryam: 23.
Ibu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkan, mendodoikan dan menjaga anak-anak dengan sepenuh jiwa raga.
Keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya. Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.
Darjat ibu sangat tinggi. ALLAH subhanahu wata'ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya:
"Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu." - Surah an-Nisa: 36.
Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa." - Surah an-An'am: 151.

Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN. Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH.
"SIAPA yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
"Ibu kamu," jawab Nabi.
"Dan siapa lagi?" "Ibu kamu," Nabi mengulangi.
"Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi.
"Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga.
"Dan selepas itu?"
"Selepas itu ayah kamu." Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Di dalam berapa surah Al-Quran adalah ditekankan mengenai dengan keperluan tuntutan anak kepada ibubapa tetapi penekanan adalah kepada ibu:
"... Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan..." (Surah Luqman, ayat 14), "... Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah..." (Surah Al-Ahqaf, ayat 15).
Di dalam Al-Quran, seorang anak yang salleh yang tidak mempunyai bapa tetapi hanyalah seorang ibu ialah Nabi Isa AlaihiSalam. Siapa yang telah dikatakan sebagai taat kepada ibunya dan tidak menjadikannya sebagai seorang yang sombong takabbur ataupun celaka..." (Surah Maryam, Ayat 32).

Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat


https://docs.google.com/file/d/0BzV5VrKYAG3cbWQzbTdnNGdQRE0/edit

Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan


https://docs.google.com/file/d/0BzV5VrKYAG3cc0JaQTZHVk1jRnc/edit

Pemikiran Kritis, Saintifik Dan Penyelesaian Masalah


https://docs.google.com/file/d/0BzV5VrKYAG3cNjROZExsWVV2Nkk/edit

Halangan Komunikasi

https://docs.google.com/file/d/0BzV5VrKYAG3ceWw0RFB4ZWZOdzA/edit

Kemahiran Komunikasi

https://docs.google.com/file/d/0BzV5VrKYAG3cTWhkZW1pSU1RLXc/edit