Powered By Blogger

Friday, November 16, 2012

Sedikit Tips Luar Biasa Untuk Berkomunikasi Berkesan Dengan Anak-Anak Dibawah 3 Tahun



Informasi di luar masuk ke otak kita untuk di fahami melalui 5 cara - Pancaindera iaitu mata, lidah, telinga, kulit dan hidung dan rangsangannya ialah melihat, merasa, mendengar, sentuhan dan bauan. Informasi adalah di luar dan perlu ada saluran untuk ke otak untuk difahami. Bergantung rapat kepada pencaindera mana yang paling dominan di dalam pengambilan informasi, maka seseorang itu akan cepat memahami informasi itu bila informasi itu dimasukkan melalui jalan itu. Contohnya, bagi anak yang pendengarannya lebih terangsang, maka dia senang memahami arah bila kita bercakap dengannya. Bagi yang belajar dengan melihat pula, maka dia senang memahami arahan bila kita menunjukkannya sesuatu supaya dia nampak. Bagi yang perlu merasa, maka dia perlu diberi rasa atau bergerak bila memberi arahan itu.
 
Memahami keadaan itu, maka kita perlu mempelbagaikan arahan kita sehingga kita nampak komunikasi kita telah sampai dan difahami oleh anak itu. Contohnya, kita mahu memberitahu anak bahawa api itu panas, maka ada anak yang belajar dengan mendengar, maka kita boleh memberitahu secara bercakap atau meninggikan suara supaya menunjukkan amaran dan mengatakan....'Aduh...' , dia dah boleh faham. Bagi anak yang belajar dengan melihat, maka kita boleh tunjukkan kita pegang api dan tunjuk gaya ia panas dengan menggerakkan tangan kita cepat dari api itu sambil mengatakan....'Aduh...panas'. Bagi yang belajar dengan cara merasai dan membuat, inilah yang mencabar sedikit untuk perkara seperti ini. Namun, anda perlu kreatif dengan memberi dia rasa kepanasan itu sedikit dari jauh, supaya dia faham - api itu panas. Memahami akan perkara ini, anda boleh membuat kombinasi ketiga-tiga cara agar komunikasi anda lebih berkesan kepada anak itu. Satu lagi perkara untuk diambil perhatian, jangan menyangka anak kecil tidak boleh faham. Semasa mereka kecil, kita bukan bercakap dengan minda sedarnya sahaja, kita bercakap dengan minda dibawah sedarnya. Kita bercakap kepada otaknya dan kita menanam benih-benih informasi yang bakal kita gunakan nanti apabila mahu berkomunikasi dengannya. Anak yang datang ke dunia ini memang seperti kain putih bersih tetapi bukan bekas kosong yang tidak berisi. Setiap anak telah hidup ribuan tahun dalam bentuk roh dan mempunyai ilmu yang banyak. Bila mereka datang ke dunia ini mereka hanya perlu berlajar menggunakan badan fizikal ini untuk mengekspresikan apa yang mereka ingin komunikasikan. Bukan mereka tidak faham kita, kita yang tidak faham mereka. Dalam usia 3 tahun ke bawah, banyak menggunakan gerak rasa dan komunikasi dengan hati mereka, nescaya anda akan dapati mudah memahami mereka.

Cara 1
a. letakkan anak kecil itu dekat dengan dada anda.
b. tutup mata anda.
c. tenangkan pemikiran anda - quiet your mind.
d. dengar dari hati

Cara 2
Bercakap kepadanya semasa tidur. Kalau anda tidak mahu dia mengambil barang-barang yang tajam dan sebagainya pun boleh dibuat semasa itu. Supaya lain kali dia tidak melakukannya lagi. Semasa tidur, anda boleh terus berkomunikasi dengan minda di bawah sedarnya.

Mula-mula memanglah tidak menjadi. Namun, usahakanlah. Semua yang senang bermula dengan susah dahulu. Bukankah susah hendak memandu kereta, namun anda mempunyai keupayaan menguasainya setelah belajar. Jadi, perkara ini pun sama. Apa yang sangat penting, janganlah menyangka ini tahyul atau karut. Kepercayaan sebegitu menutup jalan menggunakan kekuatan minda dibawah sedar dan hati.

Apa-apa pun perlu banyak bersabar dan meneruskan usaha. Jangan mudah mengatakan susah. Ingat!!! anda mempunyai potensi menggunakan minda dibawah sedar ini. Semoga berjaya!!!!!


No comments: