Powered By Blogger

Monday, November 12, 2012

MENONTON TV - ELOK ATAU TIDAK UNTUK ANAK-ANAK KECIL

Ramai rakan-rakan kita yang bertanya mengenai elok atau tidak memberi anak-anak menonton TV atau ipad atau komoputer.

Jawapannya, tidah elok jika tiada kawalan. Boleh, jika program yang ditonton dipilih dan dipantau kesanya.

Membiarkan anak-anak kecil terdedah kepada TV terlalu lama boleh menjadikan mereka tidak keruan. Emosi mereka yang turun naik akibat menonton suatu cerita itu, jika tidak diberi outlet kinesthetik, iaitu bermain aktif, boleh menyebabkan mereka menjadi lembab, malas atau menjadikan perangai mereka tidak keruan.

Sesetengah rancangan mempunyai subliminal mesej yang tidak baik yang boleh menyebabkan penonton terpukau dan kemudiannya berperangai tidak keruan terutama jika terkena trigger. Oleh itu ibu bapa perlu ambil masa dan meninjau serta memantau lalu memastikan rancangan yang mana yang menimbulkan kesan yang baik dan yang mana tidak.

Walaupun rancangan itu baik, jangan terlalu lama dedahkan anak-anak kecil kepada penontonannya. Ada akibat lain yang tidak baik pula timbul, contohnya kesan pada mata.

Bagaimana hendak menangani masalah anak yang suka menonton TV atau ipad? Lakukan jadual dan pastikan dia mengikut jadual itu. Ada masa bermain aktif, ada masa melukis, ada masa bercerita dan membaca buku, ada masa menonton tv dan selepas menonton wujudkan masa untuk dia bercerita apa yang dia tontoni. Ini dinamakan de-briefing.

Semalam anak saya, Nabihah datang kepada saya bercerita mengenai kebaikan carrot kepada mata dan juga mengapa kita perlu "blink" mata kita. Ini adalah pengetahuan Sains dan dia belajar dari Elmo secara seronok.

Kesimpulannya, bukan semuanya buruk dan bukan semuanya baik. TV adalah alat yang menjadi berfaedah hanya bila kita bijak menggunakannya.

No comments: