Powered By Blogger

Saturday, October 20, 2012

PUNGGUK RINDUKAN BULAN


Hmm.. Cerita rakyat.. Cerita yang diceritakan oleh dan kepada rakyat. Hanya inilah bentuk hiburan yang wujud pada suatu ketika dahulu. Cukup untuk memuaskan hati yang lara, menghiburkan yang duka. Cerita yang diceritakan adakalanya malah selalunya  tak masuk pada akal mitos walaubagaimanapun tetap menarik minat untuk aku membaca. Ni cerita yang pernah aku baca kecil-kecil dulu..haa..enjoy




Kita sangatlah biasa dengan pepatah bagai pungguk rindukan bulan. Kalau kita lihat si pungguk ataupun dengan kata lainnya burung hantu selalu merenung bulan seumpama merindui bulan tu. Alkisah pada zaman dahulu kala langit dan bumi ini tersangatlah dekat. Keduanya hanya dipisahkan oleh beberapa anak tangga. Jadi penduduk bumi dan langit selalulah ziarah menziarahi. Nak dijadikan cerita pada waktu itu penduduk bumi masih belum mempelajari cara untuk menghasilkan api. Ilmu itu hanya diketahui penduduk langit. Jadi penduduk bumi ni selalulah ke langit untuk mendapatkan puntung-puntung api untuk kegunaan mereka dibumi. Terdapat dikalangan penduduk bumi ini sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak kecil. Jika mereka ke langit untuk mendapatkan api, anak kecil itu ditinggalkan dirumah keseorangan. Pada masa yang sama, tinggallah seekor gergasi di muka bumi. Kerana rendahnya langit pada waktu itu, maka terpaksalah si gergasi merangkak. Pada suatu hari, gergasi itu telah hilang sabar lalu bangun dan menolak langit sejauh-jauhnya dari bumi. Kebetulan la pulak, pasangan suami isteri sedang menuruni anak tangga untuk pulang ke rumah sambil masing-masing membawa sebatang puntung api. Gergasi itu turut mencampakkan anak tangga yang digunakan penduduk bumi untuk ke langit. Maka tercampaklah pasangan tersebut ke langit dan tidak dapat pulang kembali. Bermula dari hari itu, langit telah jauh dari bumi dan tidak dapat dihubungkan oleh anak tangga lagi. Maka tinggallah si anak kecil berseorangan menunggu kepulangan ibu bapa mereka. Oleh kerana bimbang dengan apa yang terjadi, si anak keluar dari rumah untuk mencari ibubapanya. Maka terlihatlah akan langit yang sudah jauh dari bumi. Sedihlah si anak kerana ibubapanya tidak dapat kembali ke bumi. Si anak meratap siang dan malam mengenang nasibnya yang malang. Akhirnya si anak bertukar menjadi si pungguk menunggu setia merindui ibu bapanya.